Taxonomi dan hos Plasmodium

Genus Plasmodium dinamakan pada 1885 oleh Marchiafava dan Celli dan terdapat lebih 175 spesies yang dikenal pasti berada dalam genus ini. Genus ini pada (2006) perlu dirombak semula kerana terbukti bahawa parasit lain yang tergolong dalam genera Haemocystis dan Hepatocystis kelihatannya berkait rapat dengan genus ini. Kemungkinannya spesies lain seperti Haemoproteus meleagridis akan dimasukkan kedalam genus ini setelah dikemaskini kembali.

Jenis hos pada turutan mamalia tidak sekata. Sekurang-kurangnya 25 spesies menjangkiti primate; rodent di luar kawasan tropika Afrika jarang dijangkiti; beberapa spesies diketahui menjangkiti kelawar, landak dan tupai; karnivor, pemakan serangga dan marsupia tidak pernah diketahui bertindak sebagai hos.